Wednesday, 16 March 2011

Persatuan Kump Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kedah (PKSPK)

 Alamat: Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Tingkat 1, Bangunan LPPKN, Lebuhraya Darul Aman, 05100, Alor Star, Kedah


PKSPK adalah sebuah persatuan yang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencapai matlamat kempen penyusuan susu ibu yang disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai makanan TERBAIK untuk bayi khususnya di Negeri Kedah. 

Ia juga bertepatan dengan apa yang termaktub di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: 

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 

No comments:

Post a Comment